CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, August 25, 2011

BERSABARLAH DUHAI HATI..


Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.
Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.

Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.

Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.
Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.
Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.


                                        -sekadar gambar hiasan-

Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.
Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.

Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.



'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'

'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '

Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Subhanallah. Maha suci Allah!

Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.

^_*





Wednesday, August 24, 2011

Motivations Of Life!! 


The most difficult person to FACE in life is yourself.

A GRATEFUL heart is the cure for loneliness.

Do not judge the FUTURE by the past.

Never stop reaching for the GOAL in front.

Hold on to your BELIEF, then you will overcome difficulties.


TRIVIALITIES can accumulate to an important episode.

Kind DEEDS can bring good returns.

DREAM is our motivation in life.

WISDOM is to understand that the world is ever-changing.

SINCERITY is a natural spring of water.

Danger brings us TRUE friends.

SMILE is the first step of a new life.

So, go on with your life with a new spirit.

Everyday is a new day!!

^_*

Sunday, July 24, 2011

 SebELuM haR! In!..

Assalaaaamualaikum!
wah..d ptg y ujan nie tetibe rs nk berbelog plop..hu3..
saje je rase mcm nk share ngan korang article y br sy jumpa..
rs mcm bez jer article nie..
sape2 y trase bosan tu baca n renung2kn lah ep..hup3..




Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali..

Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apa pun untuk dimakan..

Sebelum kamu mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan..

Sebelum kamu mengeluh bahwa kamu buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya..

Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isteri kamu,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup..

Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat..

Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya tidak punya anak..

Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal di jalanan..

Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah menyetir,
Fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan..

Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu,
Fikirkan tentang pengangguran,orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kamu..

Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa..

Kita semua menjawab kepada Sang Pencipta..

Dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kamu masih hidup!

Life is a gift ...


Live it ...


Enjoy it ...


Celebrate it ...


And fulfill it ...

Cintai orang lain dengan perkataan dan perbuatanmu..

Cinta diciptakan tidak untuk disimpan atau disembunyikan..

Anda tidak mencintai seseorang kerana dia cantik atau tampan..

Mereka cantik/tampan kerana Anda mencintainya..

It's true you don't know what you've got until it's gone, but it's also true You don't know what you've been missing until it arrives!!!

Wednesday, July 20, 2011

cut! Sem yG paL!ng bEst kot!! ha3..

assalamualaikum!! kum..kum..kum.. ha3.. style cite antu kum kum kum g2..hu3..
herm..da brbulan2 lm ny da x update blog nie..
nk kate xde ms.. bz.. xde la plak..
skrg ni kn cuti sem..yahuuu..
sbb malas la ni x tr update nie..hu3..
sori la deh sapo2 y trtggu2 post y br..
haha..mcm la ade org tgu..kah3..
btw.. post ni juz nk mnceritakn ape y sy buat jer spnjg
cuti sem y sgt lm dlm hayat bergelar seorg student ni la..
lbh krg 4 bln la cuti ny.. 
1st time la kireny cuti sem y agk pnjg nie..
cuti sem ni y paling best sbb ny..
bln puasa n raya dlm cuti sem..
so,puasa n ry pom kt umah jer..yahooo!! ha3..

cuti sem ni start dr bln 5 hr tu..prtghn bln 5 kot..
dan bakal brakhir 11 sept 2011.. agk lm tuh..
1stly ore len da cuti tp sy xcuti2 lg pom..ha3..
kesny sbb sy amk short cos..1st time in my life la kireny amk short cos..sbb my course xley tarik paper..deg ni br blh tarik paper..
so,sy amk la..kononny nk rs la mcmn pglmn amk short cos nie..
at e same time nk kurangkn la cuti sem y agk lm nie..hu3..
btw..best la jgk amk sc ni..sbb ley focus kt 1 paper jer..
tp dsbbkn 1 paper tu jd krg motivasi tu..
asyik nk main2 jer..hu3..
after sc..yahuuu..cuti da brmula dah..hu3..
2 mggu tu mmg cuti scuti2nya la..
activity seharian sm jer..
bgn,msk,mkn,on9,tdo..
bgn,msk,mkn,on9,tdo..
klu da on9 tu xtaw brp jam..tv pom mmg da xtgk dh..hu3..

mmg cuti nie dh plan dh nk buat lesen moto..
bkn sbb ape..sbb ny..sem depan my part in my course dtransfer ke campus kb dh..
1stly mmg sy xsuke la..dgn suasana bndr nyer mcm tu bz..
lm2 pk..best gak..dkt ngan umh..
so,sy pom decide la..nk duk umh jer..mls da nk duk umh sewa..
mls nk pndh2 dah..lgpom umh sewa kt sane agk mahal..
xckp bajet..al maklum la..smua prblnjaan dtgg sndri..ho3..
then,skrg tgh buat lesen moto la..sng nk ulg alik pegi kls..hu3..
skrg nk cite buat lesen moto plak..ha3..
byk btol ujian n cbrn die nie..hu3..
1stly sy pegi la kt Akedemi Memandu Berhemat Kotaraya..(hari ahad)..
(sgt dkt jer ngan umh..sy pegi jln kaki jer..5-10 mnt smpai..ha3)
mula2 pegi dftr la dulu kn..tye dulu brp nk buat lesen moto ape..
mula2(brp kali 1st brp kali mula dh nie..ha3)
tu xtaw nk pegi dftr kt ne sbb 1st time pegi sane n pegi sorg plak tu..xde guide dr sape2..sbb sy mmg suke mncube ssuatu y br..(biar tadop tmn pom..haha..sedak aty jah bena..kikiki)

ms nk g dftr da slp kaunter kot..
trs pgi kaunter nk nek moto..xsbr dh kot..ha3..
xtually kne pegi dftr kt pjbt die dulu..
then lps dftr,byr ape sume leh la msk kursus kpp tp sehari slps tu la..(hr selasa)

after kursus kpp tu kne amk ujian undg2..
nk lulus kne dpt 42 ke ats dr 50 soaln tu..
ok..1st nk pegi buat ujian tu hr jumaat..
sblom tu kne la booking dulu..
smpai jer kt sane xley booking sbb ny xde line nk booking..
so,die suh la tggu dulu..tggu pya tggu xdpt2..
kwn sy y spttny buat ujian ngan sy pom da pegi ujian..
t xsempat..tggu2 xdpt booking gak..so sy pom blk la..
dtg plak keesokn hr ny xdpt booking jgk..sgt2 frust..

so juz suh krani tu booking tuk hr isnin plak sbb hr ahd xde..

hr isnin tu sy pom pegi la ujian..awl2 pg da pegi..smgt2!!ha3..
lps jwb tu alhamdulillah LULUS!
dpt kptsn trs pegi kotaraya n set ms tuk bengkel plak..(hr rabu aka hr ni..hu3)
bengkel 2 ad 6 jam..1jam stgh lam dwn kuliah 1jam stgh kt litar..
3jam lg brlatih bwk moto da..hu3..

hr ni rs cam excited jer..leh bwk moto da..ha3..
1st kne la meniti..kononny da rs expert trs la pegi mniti..
last2 xdpt mniti lg gayat..nsb bek ckg ad pgg  moto..
klu x mst da jatuh n dpt reward ny..ha3..
malang xberbau la jwb ny..

so,ckg pom suh la brlatih biar biase kn bwk moto dulu 
dan brlatih mniti mggunakn garisan lurus..
klu da confident br pegi meniti balik..
lps da confident tu..sy pom pegi la mniti..
mniti2 pye mniti still ckg kne pgg lg moto..
klu xmst trbabas..hu3..
xpe2..naty blaja 8 jam ni brlatih mniti plak sblom test ngan jpj..

btw rs cam hepi jer leh blaja ssuatu y br kn..
dpt plak kwn br..senang ada teman nek moto..
xla keseorgn klu wt salah xla malu sgt..
skrg tgh tggu lesen L n then blh la brlatih lg..hu3..
can't wait next week!hu3..
hrp2 semuanya brjalan dgn lancar..
dan smga sgala kmlgn boley dielakkan..ha3..
ok la smua..
stakat ni dulu post tuk kali nie..
len kali sy bercrita lg lam ruangan GrEeN N0tES!! ni yea..
bubye!
slm..

Saturday, May 28, 2011

tujuh three @ seven tiga..

slm..
lm da rs ny xbuat entry br..
sbb xtaw nk tls ape..haha..
entry kali ni pasal nombor..
tujuh three @ seven tiga = tujuh puluh tiga @ seventy three..
hahaha..
ntah pape la..

73 (seventy-three) is the natural number following 72 and preceding 74. In English, it is the smallest integer with twelve letters in its spelled out name.

In Mathematics :
  • Seventy-three is the 21st prime number. The previous is seventy-one, with which it comprises the 8th twin prime. It is also a permutable prime with thirty-seven. 73 is a star number.
  • 73 is the largest minimal Primitive root in the first 100000 primes. In other words, if p is one of the first 100000 primes, then at least one of the primes 3, 5, 7, 11, 13, 17, ..., 73 is a primitive root modulo p.
  • 73 is the smallest prime congruent to 1 modulo 24.
  • The mirror of 73, the 21st prime number, 37, is the 12th prime number. The number 21 includes factors 7 and 3. Seventy-three in binary ,1001001, is a palindrome. In addition, of the 7 binary digits representing 73, there are 3Forty-two. ones. Also, 37+12=49 (seven squared) and 73+21=94=47*2, 47+2 also being equal to seven squared. The double of 21 is
  • Every positive integer is the sum of at most 73 sixth powers (see Waring's problem).
  • In base 5, the smallest prime with a composite sum of digits is 73.
  • 73 is the only prime repunit in base 8 (1118)
  • 73 is the smallest factor of the first composite generalized Fermat number in base 10 (104+1 = 10,001 = 73*137)
..source : wikipedia..

hahaha.. ak seap wt research ag psl 73 nie..huhu..
ak sndri pom xphm ape bnd y dkire tu..haha..

xtually diz is a num that i luv damn much..
i dunno y diz num is very interesting to me..
num ni sm ngan no last hp ak..
014 .....73..
num ni jgk sm ngan no last broadband ak..
019 .....73..
ak sndri pom xtaw mcmn num ni sinonim ngan ak..
xtually ak xplh pon num ni..
myb tlh dtakdirkn ak brsame num nie..
wahhhh..dtakdirkn seap..klaka molep..hahahha


ak pom br prasan ak konvo pom tuk konvokesyen kali k 73..
hahaha..
mmg ak suke la no 73 nie..

so,tu jer la y ak nk gtao..
y ak suke sgt no 73 nie..hahaha
..ntah papekn..kikiki..

..wslm..=)

Wednesday, May 18, 2011

tErhEnt! d! s!n!..

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Monday, February 28, 2011

another 8 months~

slm..
hye uoolzzz..
hm..hr ni 28/02/2011..
hr y ak tgu2 since 8 months ago..
*sigh*

pg ni ak bgn dgn prasaan y agk nervous sdikit..
sesiapa y da bc post sblom ni mst da ley agk kn knp?huhu..
date ak tlh djnjikn pd pkl 9..
so,ak brseap lah dgn lbh awl..
ak mnunggu abg ak dtg tuk pickup ak n hntr ak k husm..

spnjg prjlnn mmg ak nervous gler r..
tp ak cube bertenang..
mmg ak kne jalani seorg diri la..
(dssbkn o sbb2 y trtntu)
lg pom ak da biase da g mn2 sorg2..(brdikari la katekn..huhu)
abg ak juz hntr ak jer..

smpai jer kt sane ak trs k tmpt y tlh djnjikn..(kpp)
ak xtaw selok belok tmpt tu..
ak xbiase pom..ak just tye org jer..
lps k kaunter pndftrn ak dsuruh duduk..
blom smpai 3 mnt kot ak duduk, tibe2 nm ak dpggl dgn mic..
trkejut ak..

rp2ny kad ak die kate da xpired da..
kne dftr y br..
plik tol la..
xde ckp pom kad tu xpired..*blur*
so,ak trpkse la pegi kt kaunter pndftrn y kt luar tu amk no blk n update kad ak..

da seap, ak dtg blk k tmpt y djnjikn..
die suh ak tggu smpai no ak kne pggl..
mmg cpt gler la no tu brtukar..
makin nervous plak ak..
tggu pnye tggu..
1lg no akn no ak..(no ak 0920)
tp!!
boley ny dskip no ak!! trs 0921..(tp ad jer no sblom ak br pggl kot)
hwaaa..
rs nk mrh + plik pom ad..
ak sbr ag..
ak tggu jer la kn..
mn taw dsbbkn o pndftrn ak y agk trganggu skejap td..

tggu pyer tggu mmg agk lm la..smpai 1jam 20mnt kot ak tggu..
no pom dh 0935..
ak xley thn..ak tye la kt kaunter pndftrn..
so,die suh msk dlm tye kt blk timbang brt bdn..(blk 26)
(kne timbang brt lu la kot)
smpai jer blk tu ak tye nurse y kt ctu..
die kte myb folder ak xjmp ag..sbb tu die xpggl lg..
dlm hati ak..(xjmp?plik tol la..lm gler cr kot..cr ngan ape ak xtaw)

then,ak tggu dgn sdikit ksbrn lg..
btol kate lectrr ak 'sabar adalh sparuh dr prasaan nk mrh'
tgu pyer tggu xpggl2 lg..ak da gelisah dh..ak tye nurse lg..
die kate die akn pegi tye knp no ak xpgl2 lg..

tibe2 prasaan ak brtukar sebak..
ak rs sebak sgt2..mcm2 prasaan ad dtmbh plak ngan period pain..
tibe2 ak rs cam pipi ak bsh..(ak nangis kot..hwaaaaaaaaa)

ms tu mmg ak xley thn la i mate ak..
ak nangis jer..tresak2 kot..ak xkisah dh sape2 y tgk kt ak..
ak cb bertenang..after that ak blh brtenang..
nurse y ak tye td die tgk kot ak nangis..
xde plak die tye ak knp..
klu ad org tye ak rs lg kuat kot ak nangis..haha..(malu plak rs tibe2 nangis d khalayak rmai..nsb bek xramai pom prasan..huhu)

dlm ak cba brtenang tu then no ak dpggl..
ak trs k tmpt timbang tu..
nurse tu prasan kot tgk mate ak merah..
die kate da jmp da folder ak..
ak sgke kn berat ak maintain (41kg)..
tp trn kot..2kg..(39.4kg)..huhu

klu da timbang, jap ag da blh jmp doc da..
dlm 10 mnt lps tu no ak dpggl msk blk doc..
prasaan nervous pom da hilang lps ak nangis td..
mmg mate ak merah r jmp doc..
ad gak r ak dgr nurse ckp..
kesian kt ak..ak da la 1st time dtg tp tibe2 jd camni plak..huhu..

doc ak seorg lelaki cina..
agk baek la..
die tye la ak ape2 y ptt..
ak pom jwb jer la ape2 y ptt..
then die cek ak..
..............................................
..............................................

hasilnye..xdpt dktahui lg..
adesss..
katenye ak prlukn another appointment to scan my heart..
uollzz taw ble??
another 8 months!!! (24/10/2011)
lm glerrrrr..adesss..

so,result ny akn dktahui in 8months later..
tenks to all of my friend that have supporting me n gimme e strenght..
tenks uollzzz..
xlp jg to mdm wan zurina..i met her there..
dats ol for today..
tq~

Sunday, February 27, 2011

28/2/2011

28/2/2011?? aka hr isnin aka esop!!
ape y special pd hr tu ep?
diz is the very important date for me..
ak seap wt reminder ag..
knp ep??

xtually da hampir 8 bln lbh ak mnungu tarikh nie..
sgala akn trbongkar pd hr e2..
suspense plak kn..
hahah..

hari ni aka ahd, 27/2/2011 ak trpkse ponteng class tuk blk umah..
ak sbenany berat hati tuk ponteng class..
ak plg pantang la ponteng class..
prinsip ak "better late than never"
ak xpernah ag ponteng class sem ni..
tp dsebabkn tarikh tu jatuh pd hr isnin ak trpkse la ponteng class..
ponteng ak bkn sbrg ponteng..
tp ponteng brsebab..
berkenaan ngan kesihatan ak sbena ny..

xceli..
tarikh tu adalh tarikh appointment ak ngan c jejaka kacak aka doctor!!
~ntah doc laki or pompuan ak xth ag sbenany..haha



mst korang trtye2kn ape saket ak kn??
sesiapa y trdekat ngan ak myb da th da..
ak da kongsi dh ape y ak alami ngan diorg..
ak xblh nk nyatakn d cni sbb blom dpastikn lg ap sakit ak sebenarny..

segalany akn trjwb esop sbb ak ad appointment ngan doc pakar..
ak hrp ape y ak dgr sblom ni adalh kesilapn shj..

ak still xprcaye ngan ape y ak dgr..
ak hrp sgt ak xape2..
everything will gonna b owkea..

kpd kwn2ku y mmbca post ni..
ak hrp korg doakn ak ep..
tenks uollzz..
i'm very appreciate it..

~ak nervous sbenany..huhu..
tenks again uollzz..

Tuesday, February 15, 2011

teeett

slm..
hello2..
ad org x?
mmg la xde..
da nk dkt 2pg dh nie..

xceli xde bnd pom ak nk post kn..
tp tgn ak ni rs cam nk type jer..
~sbb ak suke mnaip..hahah..

ak xphm la ngan diri ak..
time study ngantok jer..
lps study n ngadap lptp..
tibe2..prasaan e2 hilang..
xphm btol la ak..

spt y kwn ak ckp..
ngantok ak xspt org laen..
even ak kate ak ngantok ak still blh thn..
klu org laen da lm da pengsan..huhuh..

ak bkl mnjalani hr y mmenatkn..
lps cuti demi cuti dpt..
and then kls gnti plak y dpt..
hjg minggu ni jumaat n sbtu mmg blh dktekn full la kls gnti..
adesss..
ak xtaw la nk hadapi mcmn..

next week plak akan ad la test..
mst trsusun rapi la test tu..
ak hrp 28hb ni xde test..
sbb ak ad date..
hahhaha..

ok la..
next time ak post lg entry br..huhu..

p/s:mst xkene ngan title post nie kn?
layaannn je la..
zaaassss...

Saturday, January 22, 2011

minggu y plg best!!

slm..
wah..suda lm ak xpost blog br..
bz la katekn..~bia xtaw nk tls ape pom..
ape y ak nk post kali ni ialah minggu ni mmg minggu y plg best!!
knp ep?
meh ak gtao..
sbb ny minggu ni byk enjoy..ha2..
spt biase mmg tension n penat la..
tiap2 hr kls kul 8..

tp dsbbkn rumate ak xpenah mkn chim chum..
den kitorg decide nk g mkn chim chum..
mulany mmg kitorg decide nk g hr rb..
sbb ny week day xrmai org..kitorg xkisah kls kul 8 keesoknny..
y penting enjoy..hahaha
mmg byk r dugaan nk pegi tu..
1st kete sewa xde la..mcm2 la..
mmg da nk kensel da..tp tibe2 housemate ak kate nk pegi jgk hr tu..
den kitorg pegi r..ad la lam 13 org y pegi..
mmg meriah la..

tu da kali k3 ak pegi mkn chim chum kt food village..
mmg trbaek la..leh mkn spuas aty..
tp ak still xpuas aty..haha..
sbenany ak xleh mkn seafood tp ak bedal je..hua2..
kesanny sgt byk..hu2..

lps mkn chim chum den kitorg g wakaf che yeh..
pegi shopim!!yeay!!
ak juz bli ape y ak nk bli je..
kos xde tuk bnd y xbrp nk penting..
ak bli shelai tudung n heels y ak xjd bli ms last yr ak pegi wakaf che yeh..
trcapai jgk hasrat ak..hahahha..
tp ak tuka pattern heels tu..ak bli y latest n lbh selesa dpakai..hu2..

tp y lawakny..
ak n rumate ak blh ny trsesat lam pasar wkf che yeh tuh..
hwaaaa..malu2..
sume classmate ak tggu ak n rumate ak sbb nk blk da..hahhaha..
mule2 da jmp jln kluar..
tp jln depan skit da trsesat..
naseb bek ak tye sorg pk cik tu..
klu x mmg da xjmp jln kuar..
ad la dkt 4 5 kali ak pusing kt tmpt y sm..hahahhaa

enjoy kiteorg xbrhenti stkt hr tu jer..
weekend ni mmg weekend y bezz..
sbb ny rmai housemate ak xblk..
sorg jer trpkse blk..
mmg weekend brsame housemate lah..
mulany ak trpakse blk sbb ad hal penting..
den ak mls plak nk blk..haha

khamis mlm tu kitorg mgadakn jamuan mkn satay brsame housemate n jiran sebelah umah ak aka classmate la jgk..hu2..
keesoknny (hr jumaat) plak kitorg wt nasi beriani..
wahhhh..best2..
tu 2nd time kitorg wt nasi beriani..ad improvement la dr 1st time buat tu..hu2..

ptg jumaat tu plak..
kitorg pegi men futsal!!
yeah!!tramat besh!!trbaek..
kitorg bkn brtanding pom..
juz men suke2 jer..
mmg penat r men futsal..
bkn penat brlari ke ape ke..tp penat kesny byk ketawa (suko la bhs klateny..haha)
mmg suke giler ah men..
kitorg trpakse gn gol y kecik sbb xckp org..
xckp tuk goal keeper..
y lawakny..1 group 4 org..
empat2 org pegi jg goal y kecik tu..
mmg xde ruang langsung la tuk phk lwn msk kn bola lam goal..
y lbh lwk,ad ke ptt kwn ak(phk lwn) pegi angkat kaki kwn ak(group ak) sbb mghlg die nk mskkn bola lam goal..hahhahaha..
mmg lawak gile ah..penat ak asik ketawa jerk..
lastly kptsn seri..
xde mng xde klh..0-0..hu2..

lps men futsal kitorg men net ball plak..
kejap je men netball..
xdan penat pom..
men netball mmg xpenat mn pom..
y beshny group ak mng..
mmg trbaeklh rumate ak y mnjaringkn goal tuh..hahaha..

den..mlm tu kitorg xg mn2 pom..
duk umah jer..
rehatkn bdn y agk penat ketawa lbh dr brmaen..hu2..


hr sbtu plak..mcm biase..kitorg msk tuk mkn tgh hr..
mlm tu plak kitorg pegi mkn ciken chop..
juz nk try kt kdai br tu sm ad sedap k x..
hasilny agk x mmuaskn..
len kali myb xpegi dah..hahahha..
buat sndri lg bgs kot..
next time nk try wt spegetti plak..hu2..

eh2..
cite xhbs ag..
mlm smlm pegi kfc plak..
sempena mymbt besday rumate ak n kwn ak y da belated..hu2..
walau ramai xjoin (10 org jer)..still meriah..hu2..
mmg rs cam enjoy jer p5 nie..
1st month xbz ag..hu2..


ok la..
penat da ak nk type..
sekian la tuk post minggu y plg besh!!
huhuhu..

Wednesday, January 12, 2011

Saat Indah Awal Perkahwinan..

 
Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara: Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara: Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna: Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara: MAhukah kau menciumku?

Teruna: Ya! 
Dara: Sayangku....!

Sesudah 5 tahun perkahwinan....

Sila baca dari bawah keatas..

hahahaha..

Friday, January 7, 2011

sEjArAh NaMa NEgEr! pAhANG..


Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. 
Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. 
Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. 
Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. 
Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. 
Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. 
Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. 
Pada hari ketiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. 
Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,
”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, 
Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… 
haaa? Opahang! Ya… opahang!
Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” 
Demikianlah kisahnya.


bANgkA! gAjAh..


Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut.

Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.

Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.

rUmAh kAhw!n..

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. 

Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg. 

" Kenapa ? " lelaki itu bertanya.

Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata," Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun.

Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. 

Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini!"

Lelaki itu berfikir sebentar. 

Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.

" Betul juga kata awak. Saya juga dah tak tahan dengan rumah ini. Saya nak ikut awak keluar dari rumah ini!"

MORAL : Haruskah rumah dipersalahkan?? sian kt umah tu kn.. xpsl2 die plak y kene.. ha2..

pEgaNg kuaT - kUaT..

Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!

Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...

Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)

Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.

Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BlebboooKKKK!!!!!

Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye? 

Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!

Udin: Nenek pegang kat mana?

Nenek: pagar rumah.

Udin: "$%^&(#....."

LumRaH kEh!dUpAn..

1. Apabila anda hidup dalam kegelapan
Berdoa kepada Tuhan dan minta keluar dari kegelapan
Jika anda masih dalam kegelapan ... bayar bil TNB anda.

2. Apabila anda melihat seorang lelaki membuka pintu kereta untuk isterinya..
Anda boleh pasti salah satu...
Kereta baru atau isteri baru

3. Seorang pembeli marah-marah dan masuk ke dalam sebuah supermarket
Tuan Kedai: Mana ada hadiah free?
Pembeli : Ni ada tulis Cholesterol FREE!

4. If u need ADVICE, SMS ME,
If u need DARLING, CALL ME,
If u need HELP, E-MAIL ME,
IF U NEED MONEY, Nombor yang anda dail, tiada dalam perkhidmatan kami, TerimaKasih.



tAhukAh aNdA???

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca blog ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?